Reka bentuk dan Pembangunan T-38_Talon

Pesawat T-38 telah direka pada pertengahan tahun 1950-an sebagai versi latihan bagi projek versi pesawat pejuang ringan iaitu (projek N-156) oleh Northrop Corporation (sekarang sebahagian daripada Northrop Grumman). Walaupun Tentera Udara Amerika Syarika tidak mempunyai keperluan memperolehi pesawat pejuang ringan pada masa itu, ia telah menarik minat Tentera Udara A.S untuk dijadikan sebagai pesawat latihan sebagai mengantikan pesawat T-33 Shooting Star. 3 buah pesawat prototaip pertama (dinamakan YT-38) terbang pada 10 Mac 1959. Pesawat ini pantas diterima dan contoh pengeluaran pertama telah dihantar pada tahun 1961, dan secara rasminya memasuki perkhidmatan pada 17 Mac 1961, melengkapi pesawat jet utama T-37. Setelah pengeluaran dihentikan pada tahun 1972, sejumlah 1,187 buah pesawat T-38 telah dibina. Sejak diperkenalkan, dianggarkan seramai 50,000 juruterbang tentera dilatih menggunakan pesawat ini. Tentera Udara A.S kekal sebagai di antara beberapa tentera udara yang mengunakan pesawat latihan akhir supersonik yang khusus, yang mana kebanyakan unit-unit lain seperti Tentera Laut A.S masih menggunakan pesawat latihan subsonik.

Pesawat T-38 adalah pesawat yang mempunyai konfigurasi biasa, dengan rentas sayap yang kecil dan panjang, penstabil menegak tunggal, dan giar pendaratan beroda tiga. Kedudukan kerusi bagi pelatih juruterbang dan instruktur disusun dalam bentuk tandem, dan mempunyai ruang masuk untuk 2 enjin turbojet di pangkal sayap. Keupayaan lincahnya telah memberi gelaran roket putih—pada tahun 1962, pesawat T-38 telah mencatat 4 rekod pendakian.

Pesawat F-5B dan F (yang mana berasal daripada pesawat N-156) boleh dibezakan dengan pesawat T-38 melalui sayapnya; sayap bagi pesawat T-38 bertembung terus dengan fiuslag dan mempunyai bentuk kotak di hujungnya, manakala pesawat F-5 memiliki pinggir depan yang dipanjangkan berdekatan dengan pangkal sayap dan rel pelancaran untuk peluru berpandu udara-ke-udara di hujung sayap. Di bawah lapisan cat, sayap pesawat T-38 dibina dengan bahan berlubang-lubang seperti sarang lebah madu manakala sayap bagi pesawat dari keluarga F-5 dibina daripada lapisan biasa diatas lapisan bawah struktur sokongan.

Kebanyakkan pesawat T-38 Talon yang dibina adalah versi T-38A, tetapi Tentera Udara A.S juga mempunyai sejumlah kecil pesawat diubah menjadi pesawat latihan senjata. Pesawat-pesawat ini (ditandai AT-38B) dilengkapkan dengan pajera meriam dan boleh membawa pod meriam, roket, atau bom pada pilon ditengah-tengah. Dalam tahun 2003, 562 buah pesawat T-38 Talon masih beroperasi dengan Tentera Udara A.S dan pada masa sekarang sedang menjalani program naik taraf struktur dan sistem avionik ke tahap (T-38C) untuk memanjangkan tempoh perkhidmatan sehingga tahun 2020. Penambah-baikan ini termasuk menambah Paparan Pandang Ke Atas, GPS, Sistem Pengemudian Inersia, Sistem Mengelakkan Perlanggaran Trafik dan PMP (ubah suai sistem pendorogan bertujuan untuk meningkatkan keupayaan enjin pada altitud rendah dengan meningkatkan kuasa tujahan secara ketara). Kebanyakkan versi milik Tentera Udara A.S iaitu pesawat (T-38A dan AT-38B) sedang ditingkat upaya ke tahap T-38C.

Versi pesawat pejuang N-156 akhirnya dipilih untuk Program Bantuan Ketenteraan A.S dan dikeluarkan sebagai F-5 Freedom Fighter. Kebanyakkan pesawat ini dikembalikan dan mengambil peranan sebagai latihan senjata apabila kebanyakan tentera udara telah memperkenalkan jenis pesawat terbaru dalam perkhidmatan. Pesawat F-5G kemudiannya dibangunkan sebagai pesawat berenjin tunggal F-20 Tigershark.

2 pesawat T-38 Talon mengekori Pesawat bolak balik Columbia semasa ia mendarat di Northrup Strip, White Sands, New Mexico, menamatkan misi STS-3.